Wednesday, June 3, 2009

D I S K R I M I N A S I

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Jenis-jenis Diskriminasi
Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:
  1. Diskriminasi Umur - Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".
  2. Diskriminasi Jantina - Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.
  3. Diskriminasi Kesihatan - Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.
  4. Diskriminasi Ras - Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.
  5. Dikriminasi Agama - Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.

2 Kata-kata Liar:

Anonymous said...

Diskriminasi Ras ya, tak brapa paham la bro?? :))

Syhr said...

fahamkan maksud ras dan anda akan faham. terjadi nya rasis.

Post a Comment

| Top ↑ |