hari yang bosan.
aku hanya keluar bilik untuk ke tandas.
aku hanya sempat melihat matahari di waktu pagi.
aku tidak kemana-mana.
hari yang bosan.
aku rindu suasana dulu.
aku bebas buat apa aku suka.
aku tidak diikat oleh mana-mana protokol.
hari yang bosan.
aku ingin berlari laju.
tetapi aku tidak terdaya.
aku suka menipu.
hari yang bosan.
aku menulis secara akustik.
aku menulis dengan irama.
aku menghembus dengan melodi.
hari yang bosan.
aku menembak cermin.
aku lihat aku.
aku nampak topeng.
hari yang bosan.
aku bergaduh.
aku terasa amat penat.
aku tidak lagi mahu seperti itu.
hari ini.
tetap seperti hari-hari yang lain.
tidak ada lainnya.
1 Kata-kata Liar:
aku suke dgn ayat2 ko kat atas tue
mmg boleh jadi penulis lirik..
kreatif..
boleh dipertingkatkan lg..(cm pengkritik plak)
ko x balik erk?
pape pun, selamat bercuti BABY...hahaha
Post a Comment