Tuesday, February 23, 2010

seronok cerita panjang-panjang?

Kawan-kawan.seronok ke baca cerita panjang-panjang kat blog orang lain?bunyi macam seronok tapi baik baca onemanga ke,buku bacalah sayang ke.mungkin lagi seronok.atau pendapat anda lain?

aku selalu juga baca cerita panjang-panjang kat blog orang lain bila kau betul-betul free dan ada masa dan cerita itu fun.kalau sekadar untuk bercerita tentang kehebatan diri pun,itu fun! ;D mungkin seronok kalau kita tengok orang lain komen cerita kita yang panjang tak ingat tuh kan.ada orang yang akan ambil moral values melalui cerita korag tuh.jadikan pengalaman hidup.hidup dah tak seberapa.tambah pula cerita yang banyak pengalaman macam pak cik pengalaman atau abang pengalaman tentulah pengalaman kita sendiri pun menjadi berbuak-buak.

hari ni pula hari selasa.tiada apa-apa yang menarik untuk dicerita cuma tadi terdapat sedikit pergaduhan antara dua kuasa besar di sini.cukup kelakar dan bagi aku itu tidak profesional!tak payah untuk tunjukkan sikap yang tidak profesional kita terhadap pelajar.mula-mula kita respek,nanti lama-lama kita ludah.memalukan!

dalam kelas tadi,elektrik di maktab yang serba canggih dan maju ini pula terputus akibatnya masih belum dikenal pasti.mula pukul 11lebih tak silap aku.aku langsung tak boleh nak belajar.memang panas gila-gila babeng.maklum lah.sekarang ni pulak musim panas.berada di pulau,memang 3x ganda panas dari yang biasa!aku sedang menaip,peluh kat pipi mengalir.apa tanda?kipas dah pasang dengan kelajuan maksimum.masih berpeluh.mungkin aku ni seorang yang kuat berpeluh.sihat dan kuat juga la.kalau panas sahaja mungkin boleh terima,ni dah masuk dengan lapar sekali.OH MY!


aku nak berhenti merokok.tapi tak boleh.apa maksud?*tak macho la kalau tak smoke*kerja banyak.langsung tak buat.pemalas.pelaso.kalau jadi artis tentu lagi busy kan?kan?tah bila tah masa dierang nak buat assignment yang bertimbun.so,kalau nak jadi artis,pastikan assignment anda tidak bertimbun.

ayuh saving duit untuk ke placebo.time tuh time cuti sekolah.tarikh dia tak silap aku sama dengan tarikh DINOSAUR JR kat singapore.lagi BABI.disebabkan tak dapat pergi singapore dengan alasan tidak mempunyai passport*padahal ada pas harian*aku akan pastikan aku akan berusaha untuk tengok band yang agk gayish ni.haha.ayuh rakan dan taulan.


kan lebih seronok kalau soulfly ke,sonic youth ke,radiohead ke datang mesia.fuh.memang penuh habis la.nak nak dapat pulak jadi crew macam jadi crew untuk SWITCHFOOT dulu.memang la best.ALL ACCESS.haha.boleh bergambar dengan dierang bila-bila masa.nasib baik aku tak pernah suka pun switchfoot masa tuh.kalau tak aku dah mintak tidur same dah.haha.

berbalik pada keseronakkan membaca cerita panjang-panjang,hangpa semua seronok kah baca cerita yang tak panjang ni?tak puas?anda mahu lagi?tunggu sahaja cerita tentang syhr dimasa akan datang.sekian.


p/s tak pernah pandai menulis blog untuk menarik perhatian ramai.

0 Kata-kata Liar:

Post a Comment

| Top ↑ |