Status, nama dan taraf kehidupan yang tinggi menjadi kayu pengukur masyarakat moden dan menyebabkan ramai yang terbeban dengan hutang yang tinggi.
Kebanyakan masyarakat memandang tabiat menabung adalah hanya untuk hari tua sedangkan tabungan pada teorinya bolehlah dikategorikan kepada tabungan jangka masa pendek dan panjang.
Secara kognitifnya, setiap individu wajar mempunyai tabungan tidak kira sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek. Ini adalah kerana dunia senantiasa berubah dan begitu juga dengan cabaran dan dugaan seperti pepatah Melayu `langit tak sentiasa cerah'.
Bagaimana untuk kita menggalakkan masyarakat Melayu untuk menabung. Jalan mudah adalah dengan mendepositkan simpanan ke dalam amanah saham dan juga skim takaful untuk pendidikan.
Sebagai contoh Takaful Siswa dan Amanah Saham Didik. Terlebih dahulu saya ingin memuji usaha institusi kewangan, insurans dan takaful yang proaktif dalam menjalankan usaha mereka menyediakan skim-skim pendidikan tersebut.
Cuma yang kurangnya adalah kesedaran daripada masyarakat dan fenomena ini mungkin disebabkan kurangnya kempen untuk membangkitkan kesedaran bahawa skim dan produk kewangan tersebut itu wujud.
Mungkin kerajaan boleh menggunakan konsep pendekatan salah satu dari badan di atas sebagai kayu pengukur dan seterusnya mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap PTPTN dan institusi kewangan yang lain.
Ramai yang menggesa kerajaan agar menambah peruntukan PTPTN dan Mara serta menggalakkan penyertaan institusi kewangan ke arah menyediakan lebih banyak pinjaman kepada masyarakat Melayu untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Tetapi, jika kita perhalusi - fenomena ini menggalakkan lagi masyarakat Melayu untuk terus terbelenggu dalam beban hutang.
Jangan biarkan masyarakat menambahkan beban hutang yang semakin hari semakin bertambah.
so kawan-kawan, marilah menabung untuk kesejahteraan. bukan untuk orang lain,untuk diri sendiri dulu.kalau ada lebih,baru untuk orang lain. lepas masuk maktab ni, aku dah beli banyak tabung dan paling banyak pun aku dapat dalam RM80.00 je.pastuh tergadai. :)) biasalah, manusia kan ibarat roda. ni gambar tabung aku yang latest.ada gaya macamhollowman sikit. teringat plak cite tuh masa umur agak-agak budak la lagi.sebab nak tengok part porn tuh.sikit je tapi dok rewind forward rewind forward jugak la. haha.
tabung ni aku beli masa aku pergi BIG dekat Langkawi semester ni.dalam dia ada choc.choc CRISPY.lazat gila.tapi sikit.dia siap dapat dua pemadam free.satu aku punya satu lagi dah bagi faizul.budak gemuk tuh nak sangat.nasib baik tak berapa comel.haha. style kan tabung ni? tapi duit tak pernah nak ada.tiap kali nak basuh baju dah kena keluarkan RM3.kopak.kesian hollowman aku. so pembaca sekalian, cuba menabung dan bukan berhutang. peace.
4 Kata-kata Liar:
wahahaa..xsngke review ko ni sgt mantap dgn bahase2 yg bagos..karangan BM spm ko msti A an??
haha
anyway,mende alah tu sgt comel oke!adorable;p
tak A1 la karangan aku.
A2. aha.
memang comel gile.die actually egg.
aku letak topi dgn shades.
haha. jadi cam tuh.
lucu lah ! suke je bace =) na tabung tuh bule ? kasi !
haha. beli kat langkawi. jom langkawi pulak!
Post a Comment