
saya susah bangun pagi. tapi kalau ada alarm, saya juga masih susah bangun pagi. kalau ada orang yang jerit-jerit suruh bangun pagi, saya cakap " 5minit lagi. 5minit lagi." dulu saya ada alarm, tapi sekarang dah tiada. mungkin alarm clock juga mahu tidur. atau dia sudah bosan menjadi alarm clock. risiko jadi alarm clock. mesti kena ada kelebihan iaitu TAHAN MAKI. alarm clock dulu selalu kena maki. selalu kena marah. selalu kena sabar. kasihan dia. saya nak dia jadi alarm clock orang lain pula. harap-harap dia jadi lebih baik dan lebih bagus. sekarang, kalau saya nak bangun pagi, saya kena pakai alarm sendiri. saya memang susah bangun pagi. kenapa la alarm clock saya dah hilang. masa musim peperiksaan, saya tak perlukan alarm clock. saya pasti terbangun sendiri. kenapa? takutkan peperiksaan kah? takutkan saingan rakankah? tak. sebab sudah terbiasa dengan alarm clock. tapi mungkin saya perlukan alarm clock yang baru. sebab dia sudah menjadi alarm clock orang lain dan juga orang yang baru. ataupun, saya perlu hidup tanpa alarm clock buat sementara waktu?
8 Kata-kata Liar:
hahaha bro berbaur sedih je entry lu ni. hilang alarm tersayang yee
biasala bro. lumrah kehidupan. haha
jual mahal.
jual mahal?
sapa yg nak beli?
ade tapi jualbeli gagal.
ade alarm tanak letak bateri baru,mati la die;p
move on syahir.chances xdtg berkali2.=)
tade chances yang datang lagi. yup.i will move on someday.
Post a Comment