Thursday, October 14, 2010

Tiu nia seng !

Tiu nia seng merupakan salah satu perkataan bahasa cina yang aku tahu sebut tapi aku tak tahu maksud. setahu dan seingat aku, ini merupakan perkataan mencarut yang sangat style dan mempunyai nilai-nilai estetika. memandai je aku. aha. banyak benda yang jadi tahun ni. nak nak lepas musim worldcup (gila lama aku nak tulis tapi tak berjaya). semua benda buat aku kecewa masa tu. mula-mula LIVERPOOL turun nombor 7, pastu ARGENTINA pulak kalah dengan germany. sedih. biarlah kalah. aku tetap sokong mereka dan diorang. masa ARGENTINA kalah dengan germany, setiap kali gol, afiq yusri atau nama timangan kawan-kawan ialah YU misscall aku. ye. aku tahu la kalah banyak. tapi jangan la misscall. call la. bahan terus. kan senang. aha. itu kawan. family aku pulak, bukan semua. mak aku je. dia pulak setiap kali gol hantar msg. Gol Pertama : haha Gol Kedua : hihi Gol Ketiga : hoho Gol Keempat : dia tak msg dah. tertidur kot. maklum la. seronok sangat tengok pasukan anak dia kalah kot. sebab pasukan anak dia kan menang dengan korea. mak aku kan orang korea. hahahahabis cerita bola pls. tak habis-habis bola. tengok boleh la. main tak pandai. Musim baru epl pun bermula. seronok tengok LIVERPOOL dengan sponsor yang baru. bukan CARLSBERG lagi. dia dah tukar. STANDARD CHARTERED. budget² boleh la tapau sebab dapat sponsor baru, jersi cantik semua. last-last skang dah berada di zon penyikiran. -3 pulak tu point dia. haha. kalau uncle lennon tengok liverpool sekarang, mesti dia nak nyanyi lagu im a loser. tapi mana ada loser. still hebat. still kacak. YNWA guys! ini cerita bola. masuk cerita belajar pulak, aiseyman! assignment sem ni dah macam celaka dah. TIU NIA SENG! memang banyak tak ingat. penat. sakit-sakit. adoi. tapi dengan kekuatan dan kehebatan aku sebagai seorang pelajar, aku masih boleh bertahan. \m/ angkat bakul sendiri la sekali sekala. bukan selalu. kasihan Fauzan atau nama panggilan beliau ialah kecik. minggu lepas, hari jumaat, aku baru nak pergi kelas. tiba-tiba afiq jerit, "hoi! kecik pengsan!" pastu aku tengok apoi dengan hasnor dah lari-kari macam nampak pengarah. ye la. dah pukul 8 lebih sikit. memang la takut. aku dengan handsome menghabiskan rokok di tangan dan baru la naik ke tingkat 3. aku tak dengar pun apa yang afiq jerit actually. aku pakai naik je sebab tengok kawan-kawan aku lari ke bilik afiq. aku naik. tengok-tengok kecik dah terbaring. okay. habis cerita pengsan. dia pengsan pukul 8 dan masa pukul 11.30 pun masih tak sedar lagi. orang-orang jpa3 tu cakap dia sangat tensi. mungkin sebab assignment. hari jumaat tu jugak kiterang kena submit 3 assignment. memang la tensi. sekarang kecik, dah tak ingat kawan-kawan dia. he lost his fucking memory. sedih sial. sedih. tanak cerita. just pray for him. amin.

2 Kata-kata Liar:

mimi said...

oit. betul2 ke ni?

Syhr said...

betul2 la

Post a Comment

| Top ↑ |